![]() |
Tiada apa yang hendak ditukilkan untuk permulaan blog saya ini. cukuplah sekadar berkongsi rasa hati ini yang ada rasa macam bangga(hehehe) kerana dpt mencipta blog ini dengan pengetahuan memblog yg zero dan hanya digurukan oleh google. Sememangnya ini adalah pencapaian tahap saiz kuman bakteria ecoli pada pembaca blog nyamuk saya ini. Oleh itu terus terang saya sememangnya mengagumi blog2 yg sedia ada dan sedikit sebanyak mengambil idea dan belajar darinya untuk membaiki blog saya ini.
Selain itu gaya bahasa juga adalah elemen penting dalam penulisan blog membuat saya lebih gemuruh untuk menulis. Kerana dalam kehidupan harian saya yang jauh dr situasi penggunaan bahasa2 penulisan memberikan pengaruh dlm bahasa yang saya akan gunakan nanti. namun adalah menjadi satu kelebihan jika ia dpt eksploitkan dgn betul (saya rasa camtu lah)
Bahan2 yg akan dikongsi adalah terdiri drpd pandangan peribadi saya terhadap situasi sekitar saya termasuklah politik, idea , bisnes, dan apa2 je lah yg dirasakan boleh mendapat perhatian org ( buat blog skdr nak amek perhatian je ke?). namun niat hati sebenar utk memblog ini adalah untuk menjalankan perniagaan secara online dan blog ini sebagai bahan tutorial saya seterusnya menjadi blog peribadi saya. apapun tiada kerugian pada saya mahupun negara dgn terciptanya blog ini,cuma mungkin menjadi penyerabut google search sahaja.
dengan ini saya merasmikan blog ini dgn rasminya pada tarikh 12/06/2012 jam 12.15am.

Selamat datang ke dunia Blog. Rajin-rajinlah menulis apa sahaja perkara yang terlintas nak tulis kerana ini adalah blog kita. Namun kena 'bijak'jangan sampai kena saman.
ReplyDeletekalau rajin boleh jenguk blog saya yang simple. www.putrarahman.blogspot.com
terima kasih saudara , terima kasih kerana menjadi tetamu pertama saya, terima kasih juga memberikan ingatan kpd saya..
ReplyDeleteblog anda sntiasa sy jengah..