Wednesday, 27 June 2012

ubi

mungkin ubi ini sangat besar sebab itu makcik ni senyum smpai nampak gigi


Entry ni dgn tajuk ubi sekadar nak berkongsi apa yg saya tahu. baru2 ni sy diminta utk mencari bekalan ubi sebanyak 4 tan sebulan bagi memnuhi permintaan mendesak oleh seorg pengusaha tapai di lembah kelang. sememangnya selama ini saya mmg x ambil tahu pun tntang ubi, lagipun sy tidak menggemari makanan yg berasaskan ubi. bukan sebab x suka rasanya atau sy lebih kenal kentang goreng berbanding ubi rebus, bukan sebab itu tapi sebab sy akan menghadapi masalah penghadaman selepas memakan ubi. bukan x boleh mkn langsung tapi cuma boleh sedikit sahaja.

ubi kayu ini sebenarnya mempunyai banyak jenis varieti, dan setiap jenis adalah untuk kegunaan2 tertentu. contoh ada ubi yg sesuai dibuat tepung ubi, plastik, ajinomoto dan sebagainya. dan permintaan ubi dimalaysia adalah lebih tertumpu untuk kegunaan industri makanan tradisional. masyarakat melayu malaysia kini masih lagi mengekalkan kegemaran memakan makanan tradisional cuma budaya tradisional masyarakat melayu untuk menanam ubi semakin berkurang, kita lebih meminati menanam getah dan sawit. sebab itu bekalan ubi bagi memenuhi permintaan dalam negara semakin berkurang. sehinggakan melalui maklumat yg diperolehi dari FAMA , malaysia terpaksa mengimport ubi dari indonesia bagi menampung permintaan mendesak dr industri makanan di dalam negara. Tidak keterlaluan boleh dikatakan malaysia kini diambang kekurangan bekalan sumber makanan dlm negara jika sesuatu tidak dilakukan. Dahulu semasa perang jepun  malaya kekurangan beras, maka rakyat2nya terpaksa mkn ubi sebagai pengganti mknan ruji. dan jika zaman itu berulang kembali (mintak2 dijauhkan) apa pulak rakyat negara ini nak bedal sbgai pengganti beras. pucuk getah dan buah sawit kot...

mengikut perkiraan agronomi antara ubi dan sawit dengan harga semasa antara kedua2 tanaman itu. sy yakin ubi pun mampu mnyaingi pulangan yg diberikan dr tanaman sawit. setiap hektar tanaman ubi mampu mengeluarkan hasil 20 tan / hektar setiap 9-12 bulan  @ 20 tan perhektar setahun berbanding sawit 30 tan perhektar setahun, dgn harga pasaran semasa kini rm1500.00/ tan bg ubi dan rm700.00/tan bg tanaman sawit

dlm setahun secara kasarnya utk 1 hektar
pulangan dr tanaman ubi = 20 x rm1500.00 = 30000.00
pulangan dr tanaman sawit = 30 xrm700.00 = 21000.00

pendek kata dari kemakmuran malaysia ini hampir semua jenis hasil bumi amat diperlukan dan mempunyai permintaan tinggi. bukan sahaja bahan makanan malah kayu ranting pun sudah ada permintaan utk di proses jd fiberboard, apatah lagi pasir dan batu.  cuma pandai kitalah nak mengambil pluang dari kemakmuran bumi bertuah ini. oleh itu sy berharap lah org2 kita x lah terlalu bergantung nasib dan rezeki pd sektor perkhidmatan dan pembuatan. cuba2 la turun ke tanah dan berbakti dgn tanah . tanam apa saja insyaallah ada pulangannya. kalu x caya tengok je lah tokey2 kebun ubi sekrang ini kbykkan nya adalah dr keturunan cina. hanya dgn ubi mereka dapat hidup standard pegawai kerajaan dg45 malah ada yg lebih lg. xkann kita nak tengok je..

ps;/ sy baru je nak tanam ubi di sulam dgn anak2 getah.. rupanya x sesuai krn kemungkinan penyakit akar boleh menyerang anak pokok getah. maka kensel lah..

sekian..


Tuesday, 12 June 2012


Bismillahirahmanirahim..

Tiada apa yang hendak ditukilkan untuk permulaan blog saya ini. cukuplah sekadar berkongsi rasa hati ini yang ada rasa macam bangga(hehehe) kerana dpt mencipta blog ini dengan pengetahuan memblog yg zero dan hanya  digurukan oleh google. Sememangnya ini adalah pencapaian tahap   saiz kuman bakteria ecoli pada pembaca blog nyamuk saya ini. Oleh itu terus terang saya sememangnya mengagumi blog2 yg sedia ada dan sedikit sebanyak mengambil idea dan belajar darinya untuk membaiki blog saya ini. 
Selain itu gaya bahasa juga adalah elemen penting dalam penulisan blog membuat saya lebih gemuruh untuk menulis. Kerana dalam kehidupan harian saya yang jauh dr situasi penggunaan bahasa2 penulisan memberikan pengaruh dlm bahasa yang saya akan gunakan nanti. namun adalah menjadi satu kelebihan jika ia dpt eksploitkan dgn betul (saya rasa camtu lah)
 Bahan2 yg akan dikongsi adalah terdiri drpd pandangan peribadi saya terhadap situasi sekitar saya termasuklah politik, idea , bisnes, dan apa2 je lah yg dirasakan boleh mendapat perhatian org ( buat blog skdr nak amek perhatian je ke?). namun niat hati sebenar utk memblog ini adalah untuk menjalankan perniagaan secara online dan blog ini sebagai bahan tutorial saya seterusnya menjadi blog peribadi saya. apapun tiada kerugian pada saya mahupun negara dgn terciptanya blog ini,cuma mungkin menjadi penyerabut google search sahaja. 

dengan ini saya merasmikan blog ini dgn rasminya pada tarikh 12/06/2012 jam 12.15am.